Followers

Saturday, November 26, 2011

PuJaN HaTi . . .

Mengapa sukar untuk kau terima diriku ini?tidakkah kau sedar betapa aku merindui kamu?banyak benda aku nak kongsi dengan kau.Hanya doa yang mampu aku titipkan apabila aku merindui kamu.Cubalah mengerti keadaanku dan cubalah fahami keinginanku .

Aku cuba untuk melengkapkan jalan cerita kisah kita.Tapi kenapa kau tidak pernah memberi kerjasama pada diriku berikanlah aku peluang untuk aku membuktikan bahawa aq memang cintakan kau.Tanpa kau disisi,aku merasakan hari-hari yg aku lewati tidak bererti.Banyak kisah kita yg tidak sudah.Sampai bila baru ada penyudahnya ?

Setiap malam aku berdoa,berharap cintaku menjadi kenyataan.Setiap orng mempunyai jalan cerita yg tersendiri.Begitu juga dengan aku.Tapi,sampai bila harus aku bertahan.Jujur aku katakan , jauh dari sudut hatiku,sedikit guris perasaanku ini.Derita merinduimu ini masih lagi tidak berbalas.Berulang kali telah kau mungkiri janji-janji yg kau taburkan untukku.Kau  yg banyak mncipta kenangan antara kita,namun kau juga yg memusnahkan kenangan2 itu.Makin hari aku makin sedih dengan sikap  kau.Salahkah aku mencintaimu?

Cinta itu mmg indah,tpi ada kalanya aku terasa cinta itu menyeksakan.Aku masih ternanti-nanti saat dimana cinta ini bernokhtah.Nokhtah yang membawa kebahagiaan dalam hidup..   

Background